Monday, May 31, 2010

Ada sebuah Masaelah...

1. Kerap juga didalam kursus-kursus yang saya kelolakan, saya diajukan soalan berikut:

"Cikgu, ada tak cara yang mudah untuk tukar tulisan/teks yang telah ditulis didalam excel selain daripada saya copy & paste kan ke dalam Word, tukar dan copy & paste semula dalam Excel?"

2. Reaksi saya yang pertama adalah, "Wah! Rajinnya...." diikuti dengan derai tawa peserta.
3. Jawapannya, adalah dengan menggunakan beberapa fungsi (BACA: Excel Function) dari kategori TEXT iaitu UPPER, PROPER dan LOWER.

4. Apa yang dilakukan oleh fungsi-fungsi ini adalah menukarkan tulisan teks yang dipilih kepada huruf besar keseluruhannya (UPPER), huruf kecil keseluruhannya (LOWER) dan huruf pangkal bagi setiap perkataan dalam teks kepada huruf besar manakala bakinya huruf kecil (PROPER) contohnya: Excel.

5. Hah! Berjaya pun. Tak perlu copy & paste ke dalam Word... TETAPI, tak boleh terus cut & paste apa yang telah dibuat tu ke tempat teks yang asal. Ada langkah-langkah yang perlu diikuti, iaitu...

Copy teks yang telah ditukar dengan menggunakan fungsi UPPER/PROPER/LOWER
Letakkan cursor ditempat teks asal, dan klik butang kanan mouse, pilih paste special...


Dalam dialog/window paste special tu, pilih values. Itu cara yang betul.



Kalau anda terus cut & paste, dan tidak mengikut langkah diatas, akan berlaku seperti berikut...


6. Selalunya selepas penyelesaian ini diberikan, ada pula soalan susulan...

"Cikgu, macam mana pulak, kalau saya nak perkataan pertama semua huruf besar, lepas tu, perkataan berikutnya semua huruf kecil, lepas tu, perkataan yang seterusnya huruf pangkalnya je yang huruf besar, lain huruf kecil, pastu perkataan last sekali huruf besar semuanya...boleh tak cikgu tunjukkan..."

7. Saya pun...taip je ikut apa yang dipinta...tsk..tsk..


Semoga tips ini banyak membantu...

No comments:

Post a Comment