Monday, May 31, 2010

Asas Excel


1. Kebanyakkan daripada pengguna Excel tidak menyedari bahawa dengan memilih beberapa sel didalam spreadsheet, akan memudahkan proses memasukkan data didalam sel-sel tersebut.

2. Pilihan sel boleh dibuat dengan menggunakan mouse (Klik butang kiri mouse, dan drag sehingga mencapai jumlah sel yang dikehendaki), atau dengan menekan kekunci shift dan cursor key (anak panah tu...) ke kiri atau ke kanan, bawah atau ke atas, sehingga mendapat saiz ruangan yang mencukupi. INGAT, tekan shift dan kekunci arah (kanan,kiri,atas,bawah) secara kombinasi (BACA: bersama), dan bukan secara berasingan.

3. Apabila ruang data yang ingin diisi dengan data telah dipilih, terus sahaja menaip. JANGAN klik pada mana-mana sel lain! Taip seperti biasa dan tekan kekunci ENTER atau TAB.
4. Jika kekunci ENTER ditekan, maka cursor akan pergi kepada baris yang berikutnya, manakala jika kekunci TAB ditekan, maka cursor akan pergi kepada lajur yang berikutnya.

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment