Monday, May 31, 2010

Simbol negatif dibelakang nombor??

1. Macam-macam masalah yang saya temui apabila mengelolakan sesuatu kursus. Ini adalah antara masalah yang terbaru saya temui...

2. Masalah ini disampaikan ketika saya melatih beberapa peserta dari sebuah syarikat jualan kereta nasional...

3. Saya ditunjukkan beberapa sampel data yang kalau tak silap saya dimuat turun dari satu aplikasi lain. Dan hasilnya nombor-nombor negatif mempunyai simbol negatifnya dibelakang nombor-nombor tersebut (BACA: 90-).

4. Peserta berkenaan sebenarnya memohon penjelasan dan penyelesaian bagaimana boleh diletakkan semula simbol-simbol negatif tersebut dihadapan (BACA: -90)

5. Jadi dikesempatan ini saya ingin berkongsi penyelesaian saya yang dibuat secara berperingkat.

6. Pertama sekali, suatu pengujian ke atas nilai perlu dilakukan:

Jika nilainya adalah 90- dialamat A3, maka ujian ini akan memberi nilai TRUE bagi pernyataan berikut: =RIGHT(A3)="-"


7. Langkah kedua, gantikan simbol "-" yang terdapat pada nilai di A3 dengan simbol "" (BACA:tiada apa-apa) dengan menggunakan fungsi SUBSTITUTE. Fungsi ini mempunyai 4 parameter (BACA: nilai yang diperlukan oleh fungsi). Berikut adalah caranya:

=SUBSTITUTE(A3,"-","",1)
dimana, A3 mewakili lokasi nilai yang hendak diubah.
"-" mewakili simbol negatif yang hendak diganti
"" mewakili simbol gantian (BACA: - akan dihapuskan dari nilai)
dan, nombor 1 mewakili bil penemuan (BACA:occurance), iaitu gantilah simbol - yang pertama dijumpai. Jika hendak digantikan penemuan yang ke-2 tukarkan nilai 1 dengan 2.

Anda faham setakat ini??

8. Mari kita teruskan. Seterusnya, kita perlu gabungkan simbol negatif baru dan diletakkan dihadapan nilai di A3 tadi. Caranya adalah seperti berikut:

="-" & A3

Kalau dilihat didalam gambaran dibawah, saya telah menggabungkan langkah 7 dan 8.

9. Sekarang kita perlu menggunakan fungsi IF dari kategori Logical untuk menguji nilai A3 mengikut pernyataan berikut:

JIKA nilai di A3 mempunyai simbol negatif dibelakangnya,
MAKA hapuskan nilai negatif tersebut dan letakkan simbol negatif baru dihadapan nilai
SEBALIKNYA gunakan semula nilai di A3.

Pernyataan diatas bertujuan untuk memudahkan pemahaman, faham ke??


dalam Excel ditulis begini,

=IF(B3,C3,A3)
dimana, B3 mengandungi hasil ujian di langkah 6
C3 mengandungi langkah yang akan dilakukan jika syarat di B3 benar (BACA: True), rujuk langkah 7 dan 8 ye...
A3 nilai asal
terjemahan: Jika B3 (nilai A3 ada simbol - kat belakang tak?)
Maka C3 (buatlah macam dalam langkah 7 dan 8 tu....)
Sebaliknya A3 (kalau takde simbol - kat belakang, biarkan je la)

10. Fuh! berpeluh nak jawab soalan ni... Last sekali, tukarkan format nilai kepada Value (BACA: Nombor) dengan menggunakan fungsi VALUE. Kenape pulak nak kena buat macam ni? sebabnya, diperingkat awal lagi, nilai 90- diterjemahkan sebagai teks dalam Excel. Jadi perlulah diubah kepada nilai nombor. Caranya:

=VALUE(D3)
Dimana, nilai di D3 mengandungi hasil penggunaan fungsi IF tadi. Sila Rujuk gambaran dibawah...

11. Kesudahannya, bolehlah digabungkan menjadi suatu formula yang panjang seperti berikut, untuk tujuan menjimatkan penggunaan Column jika mahu. Selain dari tu boleh membantu mengelirukan rakan-rakan lain...tsk..tsk..caranya...

=VALUE(IF(RIGHT(A3)="-","-"&SUBSTITUTE(A3,"-","",1),A3))

12. Kesimpulannya, jika faham cara berperingkat, rekabentuknya adalah seperti berikut,

jika faham cara gabungan, gambarannya seperti dibawah,

jika kedua-duanya pun tak faham? Mari berkursus...

Semoga ada manfaatnya...


No comments:

Post a Comment