Thursday, June 3, 2010

Al-Kisah Nombor IC, Babak #1

Salam,

1. Kali ni saya nak berkongsi berkenaan pengolahan Nombor IC didalam Excel untuk mendapatkan lebih banyak maklumat darinya. Dan seperti tajuk posting, akan ada banyaklah sirinya sebelum kisah ini dianggap selesai.

2. Untuk memulakannya, kita perlu setuju, bahawasanya kita boleh keluarkan (BACA: Extract) sekurang-kurangnya 4 nilai lain dari Nombor IC, iaitu:
  • Tarikh Lahir
  • Umur
  • Jantina
  • Tempat Lahir
3. Jadi untuk babak #1, izinkan saya menghuraikan bagaimana kita boleh mendapatkan tarikh lahir dari sesuatu Nombor IC.

4. Kita perlu menggunakan 2 Function dari kategori Text untuk mengeluarkan data-data untuk Tahun Lahir(2 digit), Bulan Lahir(2 digit) dan Hari Lahir(2 digit) yang merupakan 6 nombor pertama dari sesuatu Nombor IC itu. Function yang saya maksudkan adalah Left dan Mid.

5. Jika Nombor IC berada di sel C3, maka formula untuk mendapatkan Nilai Tahun dari Nombor IC adalah seperti berikut:

=LEFT(C3,2)

dimana, parameter #1 dalam function LEFT adalah alamat sel dimana Nombor IC itu berada,
dan, parameter #2 pula adalah bilangan aksara (BACA: Character) yang ingin dikeluarkan (iaitu 2 digit)

6. Seterusnya, untuk mendapatkan Nilai Bulan begini:

=MID(C3,3,2)

dimana, parameter #1 dalam function MID adalah alamat sel dimana Nombor IC itu berada,
dan, paramater #2 pula adalah nombor mewakili kedudukan ke berapa kita ingin mula ambil nilai untuk dikeluarkan dari Nombor IC (dalam hal ini, bermula dari kedudukan ke-3)
dan akhir sekali, parameter #3 adalah bilangan aksara yang ingin dikeluarkan dari Nombor IC itu.


7. Nilai Hari pula dikeluarkan dengan menggunakan formula berikut:

=Mid(C3,5,2)


8. Langkah terakhir, selepas semua nilai-nilai tersebut telah dikeluarkan, barulah kita mencantumkan semula menjadi format tarikh dengan menggunakan fungsi DATE dari kategori Date & Time. Iaitu:

=DATE(D3,E3,F3)

dimana, D3 mewakili nilai Tahun
E3, mewakili nilai Bulan
dan F3 mewakili nilai Hari.


9. Jika format tarikh yang terhasil tidak menepati citarasa anda, sila klik pada butang kanan pada mouse anda semasa cursor berada pada nilai Tarikh Lahir. Pilih Format Cells, dan pilih tab Number, kemudian click pada Date, dan seterusnya di senarai yang muncul disebelah kanan window, pilihlah format yang bersesuaian.




Sekian untuk kali ini.






No comments:

Post a Comment